Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi sejak akhir-akhir ini begitu menjadi sorotan ramai malah di media sosial, Chombi nampaknya semakin mendapat perhatian. Walau bagaimanapun, di laman TikTok ternyata satu rakaman video membuatkan dia ditonton 2.6 juta kali oleh warganet.
Ini kerana, video Chombi bersama seorang lelaki yang menulis kata di video bukan ‘Ayang’ tapi ‘Adikku’ membuatkan dia bersama Chombi menjadi tumpuan ramai dengan wajah cantik dan tampan mereka.
Chombi yang merupakan anak kepada penyanyi, Harry Khalifah atau mesra disapa Apak kini sering menerima pujian netizen tidak hanya suara merdunya malah wajah cantik dan penampilanya meskipun berusia 15 tahun membuatkan dia sering menerima usikan peminat. Malah ada yang cuba mengoratnya.
Jadi melihatkan pula, Chombi yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik itu bersama abang, Mizan Harry Khalifah ternyata ada yang keliru namun sudah dijelaskan lelaki berkenaan merupakan abang Chombi yang juga merupakan seorang penyanyi.
Selain video Chombi yang tular itu ditonton 2.6 juta kali, ruangan komen juga nampaknya penyanyi jelita ini dihujani dengan komen seloroh warganet apabila ratusan reaksi ditinggalkan diruangan komen.
‘Baguih lepas ni abang…’
‘Suka tengok adik beradik ni’
‘Bang saya pandai masak bang’
Klik pautan dibawah untuk ikuti topik menarik lain seperti berikut