Isteri View Chin Mulakan Kerjaya Baru, Dilamar Syarikat Kecantikan Sebagai Duta, “Akan Semakin Kuat Lepas Ni…”

Sponsored

Bekas isteri kepada pempengaruh Tik Tok View Chin iaitu Shermine atau Ah Moi memaklumkan dia bakal memulakan kerjaya baru tidak lama lagi. Selepas konflik rumah tangganya yang menjadi bualan ramai, wanita itu akan memulakan karier baru bagi meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ah Moi mendedahkan dia sudah dilamar oleh sebuah syarikat kecantikan yang berminat untuk mengambilnya sebagai duta produk. Ah Moi turut berkongsikan video pertemuannya bersama beberapa wakil syarikat yang dimaksudkan itu.

Sponsored

“Start my career. First ambassador coming soon.”

Dalam masa yang sama, Ah Moi turut memberikan penghargaan kepada syarikat kecantikan tersebut yang sudi mengambilnya sebagai duta. Jelasnya, sebelum ini dia pernah menggunakan produk tersebut dan tidak menyangka kini dilantik sebagai duta produk. Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga berjanji akan kekal kuat untuk meneruskan kehidupannya selepas ini.

Sponsored

“First collaboration. Sebelum ni dah minum produk brand ni, sekarang berkerjasama lagi bestnya. Terima kasih pilih Ah Moi, akan semakin kuat lepas ni.”

Netizen beri semangat

Perkongsian yang dimuat naik ini kemudiannya meraih perhatian ramai di mana rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Ah Moi. Malah netizen turut mendoakan wanita itu akan terus berjaya pada masa hadapan dan melupakan kisah silam yang berlaku padanya sebelum ini.

Sponsored

“Saya rasa akan ramai dan banyak lagi brand yang berminat untuk collab dengan Ah Moi. Selamat maju jaya dan terus bergerak ke hadapan.”

“Semoga lepas ni murah lagi rezeki Ah Moi and anak-anak.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram