“Saya hanya manusia biasa…”- Pernah didakwa berfoya di kelab malam, Aedy Ashraf akhirnya ‘buka mulut’

Sponsored

Pelakon yang popular sedari kecil, Aedy Ashraf jika dahulu menjadi sorotan ramai sebagai pelakon kanak-kanak comel kini dia membesar dengan pakej wajah tampan. Apatah lagi seiring pula dengan bakat lakonannya yang sekali gus menjadikan dia antara pelakon lelaki kegemaran penonton di kaca televisyen.

Meskipun begitu, sudah menjadi lumrah sebagai artis akan menjadi tumpuan dan baru-baru ini dia terpalit kontroversi disebabkan satu rakaman video yang membuatkan dia didakwa berfoya di kelab malam. Menerusi Gempak bagaimanapun akhirnya Aedy Ashraf buka mulut.

Sponsored
Aedy

‘Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa biasa, maksud saya bukan warak, membesar di ibu kota dan menjalani kehidupan sama seperti kebanyakan orang lain.

‘Sejujurnya saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa, kecuali ibu saya.” Ujarnya kepada Gempak dimana tambahnya lagi dia sudah menjelaskan kepada ibunya dan bersyukur kerana ibunya tenang serta berkata kepadanya, ‘…kata dia kenal saya. Dia berpesan agar saya lebih berhati-hati.’

Sponsored
Aedy

Aedy Ashraf yang difahamkan bakal muncul dalam filem aksi pada tahun hadapan juga menerima pelajaran daripada kontroversi tersebut dan pelakon berusia 29 tahun ini cuba menjaga sikap, adab dan reputasi sebagai anak seni.

Selain topik tersebut, klik pautan dibawah juga untuk ikuti topik menarik lain seperti berikut

https://syor.com/bila-dijaga-dengan-baik-intan-salleh-pegang-anak-suami-pula-suap-makan-buat-ramai-seronok/

Sponsored

“Sweet gila laki orang,”- Aiman Nangis Zahirah Macwilson hamil buat netizen terkeluar air mata