Abang Viva Jawab Nama Dipetik Tak Bantu Mangsa Banjir, “Saya Ni Sukarelawan Bukan Kerja Tetap”

Sponsored

Setiap kali banjir, nama abang Viva sering dipetik ramai untuk bantu mangsa-mangsa. Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menjadi perhatian ramai selepas kerja-kerja sukarelawan yang dilakukan lelaki ini.

Pada asalnya Abang Viva tiba di lokasi banjir dengan menaiki kereta jenis Viva dan bot kecil bagi membantu mangsa. Berasal dari Melaka, Azwan Omar mendapat perhatian ramai selepas secara sukarela hadir membantu mangsa biarpun berlainan negeri.

Sponsored

Dipertikai tidak turun ke lokasi banjir

Bagaimanapun, baru-baru ini Abang Viva tampil jawab pertikaian apabila dia tidak kelihatan di lokasi terjejas banjir menerusi live di sosial media miliknya.

Azwan Omar, 30 tahun menjelaskan dengan tegas yang dia hanyalah sukarelawan dan dia turut memberitahu secara terperinci jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk ke lokasi banjir.

Sponsored
@chaiyoe9

Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral

♬ bunyi asal – Chai – Chai

Modal minyak dan tol je dah habis RM1k

Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara Abang Viva jawab nama dipetik tidak turun mangsa banjir dengan menjelaskan secara terperinci kos diperlukan untuk sampai ke lokasi banjir yang ingin dibantunya.

“Banjir je saya sampai, banjir je sampai. Itu saya. Tapi masalahnya modal kitaorang sendiri. Haritu ke Kelantan, Terengganu pun, saya seorang je habis hampir RM1,000. Untuk minyak dan tol sahaja. Korang rasa?”,Abang Viva.

Sponsored

“Saya ni sukarelawan bukan kerja tetap”

Selain dari Abang Viva jawab nama dipetik tidak turun mangsa banjir dengan menjelaskan sekali lagi bahawa dia adalah sukarelawan.

“Kalau saya ada elaun tak pe. Saya ni sukarelawan bukan kerja tetap saya. Jadi orang tak boleh pertikaikan saya turun ke tidak”, jelasnya lagi.

Beri penjelasan lepas ditanya

Namun begitu di ruangan komen, tetap ada juga yang pertikaikan pelbagai perkara mengenai isu ini. Diingatkan kembali Abang Viva beri penjelasan ini kerana menjawab soalan mengapa dia tidak turun bantu mangsa banjir.

Selain dari itu ada juga yang menyokong penjelasan diberikan oleh individu ini ada benarnya. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Rasanya dia bebel sebab semua tempat petik nama dia. Kesian juga padahal ada je dia turun tak silap malam ni pun ada dia turun tengok tadi live bininya tapi tak tahu kawasan mana”

“Time ada duit tolong. Time tak duit kerja cari duit lebih utama. Ada duit lebih nanti gi tolong balik”

“Rasa tak yah pegi pun takpe sebab petugas2 yang lain memang dah ada. Disediakan untuk misi banjir”

SumberChaiyoe8