Fatin Afeefa Rimas Asyik Dirakam Netizen Bila Di Luar, “Gila Korang Ni, Tak Hormat Orang…”

Sponsored

Semenjak mendirikan rumah tangga pada Disember lalu, pelakon Fatin Afeefa semakin menjadi perhatian di media sosial. Malah suaminya, Aliff Awang atau mesra dipanggil Opai juga turut menerima tempiasnya apabila video-video yang dimuat naik di akaunnya akan menjadi bualan ramai.

Menerusi siaran langsung yang dilakukan di platform Tik Tok, Fatin meluahkan rasa kesal dan rimas dengan sikap segelintir netizen. Terutamanya ada yang suka merakamkan gelagatnya semasa dia berada di luar sekaligus mengganggu privasi kehidupan peribadinya.

Sponsored

“Gila korang ni, memang tak hormat orang. Orang zaman sekarang ni diorang tak hormat orang tau. Kalau saya ni makan kat luar, diorang main rekod je.”

Menurutnya, dia pernah beberapa kali melalui situasi di mana ada individu yang tidak dikenali merakamnya semasa dia sedang menjamu selera di restoran. Bukan hanya merekodnya malah individu yang tidak dikenalinya itu juga akan memuat naik video tersebut di media sosial tanpa keizinannya.

Sponsored

“Lagi-lagi orang yang tak kenal, nampak lah dia rekod je lepastu post. Betul punya tak hormat orang. Macam saya, saya masih lagi ada sense of hormat.”

Walaupun sedar dirinya merupakan selebriti yang pasti akan menjadi perhatian ramai, Fatin meminta orang ramai untuk menghormati privasinya sebagai seorang manusia biasa yang juga ingin menjalani kehidupan harian seperti yang lain.

Sponsored

Isu tak kongsi gambar anak

Pelakon itu turut berkongsikan mengapa dia memilih untuk tidak memuat naik gambar anaknya di media sosial. Jelasnya, itu adalah permintaan dari anaknya sendiri dan menafikan dakwaan ramai yang mengatakan dia sudah melupakan tentang anaknya itu selepas berkahwin dengan Opai.

“Anak saya cakap jangan post gambar dia, saya tak post. Tapi bila saya tak post korang cakap pula dah tak nampak gambar Arrian, dah tak sayanglah tu. Gila ke?”

Perkongsian video itu turut menerima sokongan dari netizen yang bersetuju dengan pelakon itu. Malah netizen turut meminta Fatin untuk menegur sahaja sesiapa yang merakamkan gambar atau videonya secara diam semasa berada di tempat awam.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok