Netizen Tegur Muka Hael Husaini Nampak Semakin Pelik, “Dah Macam Michael Jackson Je…”

Sponsored

Penampilan Hael Husaini sebelum ini pernah ditegur oleh netizen apabila ramai yang mendakwa dia kelihatan berbeza daripada dahulu. Sehinggakan ada yang menuduh penyanyi itu membuat pembedahan kosmetik pada wajahnya ditambah pula dengan rupa ‘jambu’ yang dimilikinya kini.

Baru-baru ini, nama Hael sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan penyanyi itu di Tik Tok. Menerusi rakaman tersebut, Hael dilihat berada di sebuah majlis yang turut dihadiri oleh beberapa selebriti tanah air.

Sponsored

Kelihatan penyanyi itu sedang berbual dengan seseorang semasa menjamu selera di majlis tersebut. Namun apa yang menjadi perhatian ramai ialah wajah Hael yang dikatakan semakin nampak berbeza dan pelik dari penampilannya sebelum ini.

Malah ada yang mengatakan wajah penyanyi itu mirip dengan penyanyi legenda dunia, Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan kosmetiknya. Tidak kurang juga yang menegur Hael yang kelihatan lembut dan semakin hilang aura macho tidak seperti dahulu.

Sponsored

Video yang tular

Ruangan komen video tersebut turut dihujani dengan reaksi netizen yang pelik melihat perubahan drastik penyanyi ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang membandingkan penampilan Hael yang dahulu dan sekarang di mana netizen lebih merindui penampilannya sebelum ini.

“Dah macam Michael Jackson je aku tengok.”

Sponsored

“Aku sorang je ke rasa dia yang lama lagi hensem dari yang sekarang.”

“Uisyhh kenapa makin pelik.”

Sebelum ini juga, Hael Husaini pernah dituduh melakukan pembedahan plastik pada wajahnya namun penyanyi itu menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, pihak pengurusan di sebalik tabir banyak membantu menjaga imejnya dan menitik beratkan soal penampilan selain aspek nyanyian.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok