Amelia Handerson Hilang Kawan Sebab Tak Kaya

Sponsored

Dalam persahabatan, tidak semuanya berjalan dengan lancar, kadang-kadang ada pertelingkahan atau konflik berlaku antara kita, tetapi itulah yang mewarnai persahabatan kita.

Baru-baru ini, pelakon cantik jelita, Amelia Handerson berkongsi pengalamannya semasa kecil bersekolah di sekolah antarabangsa, dalam kata lain sekolah ‘kayangan’. Namun, latar belakang keluarganya tidak seperti pelajar-pelajar yang lain sehingga ditinggalkan kawan baiknya.

Sponsored

Pelakon yang berusia 27 tahun itu membuat pendedahan kisahnya dalam podcast Studio Sembang semasa sesi temu bual bersama pelakon kacak, Hun Haqeem di TikTok selepas seseorang individu memuat naik semula video tersebut.

“Kehidupan saya dekat sini dengan ibu saya berbeza sangat walaupun saya pergi sekolah antarabangsa. Kami tak pakai Mercedes atau BMW, ibu saya hanya bawa kereta Proton Wira dan duduk di rumah teres. Kehidupan kami sangat-sangat basic dan normal.

Sponsored

“Saya pergi sekolah naik bas, rumah pun tak ada swimming pool. Tapi kawan-kawan yang lain kalau naik bas, bas itu bas ‘first class’ dan semua duduk banglo.

Malah, pelakon filem Pulau itu turut menceritakan keadaan rumahnya yang biasa, mempunyai bilik tidur yang kecil dari studio sembangnya dan hanya mempunyai almari yang biasa dengan beberapa helai baju sahaja.

Sponsored

“Dia datang bilik saya dengan respon yang sama apabila saya melihat biliknya dulu dan selepas itu dia tak nak jadi kawan saya lagi.

Namun, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson tidak cepat melatah bahkan baginya, perkara itu memberi satu pengajaran buatnya dalam memilih kawan yang betul-betul ikhlas dalam berkawan.

“Saya tak salahkan dia sebab dia menjalani kehidupan yang berbeza dengan saya. Kita akan nampak itu kawan kita atau pun tidak dan apa yang kita boleh buat adalah teruskan kehidupan untuk menjadi orang yang baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyangka Amelia berasal atau keturunan dari keluarga yang kaya, tetapi sangkaan itu tidak benar setelah mendengar penceritaan yang sangat humble dari Amelia.

Amelia Handerson Hilang Kawan Sebab Tak Kaya
Amelia Handerson Hilang Kawan Sebab Tak Kaya
SumberTikTok