Hun Haqeem nangis, cara Amelia Henderson ‘handle’ dapat pujian ramai

Sponsored

Nampaknya rancangan dikendalikan oleh pelakon, Amelia Henderson dalam Studio Sembang tular lagi menjadi perbualan warganet di media sosial. Sejak menjadi hos di rancangan tersebut, Amelia Henderson sering dipuji seorang yang pandai membuat tetamu jemputan selesa dengan dirinya.

Malah acap kali rancangannya itu tular menarik perhatian ramai dengan cara Amelia Henderson menemubual tetamu jemputan dan terbaharu termasuklah, Hun Haqeem yang dilihat menjadi tetamu jemputannya pada kali ini.

Sponsored

Studio Sembang boleh disaksikan di YouTube manakala dalam episod terbaharu ini, Amelia Henderson dilihat bersama Hun Haqeem yang mana dia antara pelakon baharu lelaki yang semakin mendapat sokongan peminat dalam dunia lakonan.

Pelakon drama Kampung People ini bagaimanapun membuatkan ada yang bersedih selepas melihat dia dalam video teaser Studio Sembang yang terbaharu ini apabila dia tidak disangka-sangkakan menangis.

Sponsored

Berbicara tentang keluarga dan struggle hidup seseorang itu membuatkan episod tersebut menarik tumpuan penonton rancangan tersebut namun dalam pada itu, kebanyakan netizen yang menonton video teaser episod terbaharu Studio Sembang itu memberikan pujian terhadap Amelia Henderson yang pandai mengendalikan situasi.

‘I really like how Amelia interact with others, making people comfortable with her…’

Sponsored

‘I like how you control the situation Amy’

‘Suka gila Amelia lagi-lagi in this show. Memang santai relax you nampak selesa dengan everybody’

‘Part ni tetiba mata pun masuk habuk ea’