Pelakon otai dikenali dengan nama Liza Abdullah baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Video rakaman temu bual bersama anak lelakinya menjadi bualan hangat warganet.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan anak Liza Abdullah berdiri di sebelah pelakon yang cukup sinonim dengan karakter Mak Leha dalam sebuah drama dibintanginya sebelum ini.
Lebih senang jaga ibunya bekerja..
Difahamkan anak lelaki Liza Abdullah itu kini menemani ibunya ke set penggambaran. Pemuda yang juga anak ketiga pelakon otai tersebut iaitu Zulsyahmi Naqib akui lebih senang menjaga ibunya sewaktu bekerja berbanding turut sama berlakon.
Anak Liza Abdullah pernah dapat tawaran berlakon
Menerusi temubual itu juga Liza akui Zulsyahmi pernah mendapat tawaran lakonan dari beberapa pengarah terkenal. Tambahnya lagi ramai juga yang memberitahunya kalau boleh nak lihat anak ketiganya itu berlakon.
“Terpulang kepada dia lagi pun tawaran berlakon memang sudah ada daripada pengarah terhebat, cumanya kalau dia nak jadi pelakon jangan gunakan platform nama saya.”
Syukur anak korbankan masanya untuk temani Liza Abdullah
Selain dari itu Liza juga rasa bersyukur kerana anaknya itu menemaninya di set penggambaran dan mengorbankan usia remajanya.
Namun bagi Liza sendiri dia tidak pernah menghalang. Kalau anaknya itu mahu berlakon, Liza bersedia menghantar Zulsyahmi Naqib ke kelas lakonan dan menyiapkannya untuk menjadi pelakon.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji anak pelakon senior ini yang memiliki paras rupa kacak. Berikut antaranya:
“Herlokk.. saya pandai godak kopi pahit kalau mak odah setuju”
“Muka cam Hairul Azreen anaknya”
“Anak dia sekali pandang macam PU Riz, dua kali pandang Tomok, tiga kali pandang Man Bai masa muda pendek kata setiap kali pandang muka berubah”