“Auto Keluar Suara Jantan”, Ratu Farah Diva Jadi Perhatian Lagi

Sponsored

Buat pengguna aplikasi TikTok pastinya cukup kenal dengan seorang TikToker bernama Ratu Farah Diva ini. Cukup sinonim dengan gaya percakapan pelat dan sikap selambanya, Ratu Farah Diva ini juga pernah menjadi perhatian ramai.

Ini kerana satu video mempromosikan resort percutian yang memaparkan Ratu Farah Diva cuba bermain Flying Fox dan dalam masa sama kedengaran perkataan tidak manis didengar.

Sponsored

Malah baru-baru ini satu lagi video yang memaparkan kelakukan TikTokers ini telah menjadi bualan hangat warganet. Manakan tidak, dalam video kali ini kelihatan wanita ini sedang menunggang kuda.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang membuatkan Ratu Farah Diva jadi bualan ramai:

Sponsored
@sugehresort

Seluruh pengunjung yang ada di Sugeh Resort Janda Baik keluar bilik untuk melihat @IG @ratu__tv naik kuda… #fyp #trending #percutian #sugehresort

♬ original sound – Sugeh Resort – Sugeh Resort

Reaksi Ratu Farah Diva yang ketakutan ketika menunggang kuda ini membuatkan ramai kurang senang. Malah ada juga yang akui terhibur dengan gelagatnya itu.

Mana taknya, bukan main ‘bising’ lagi suaranya ketika cuba menunggang haiwan tersebut. Selain itu ada juga yang pertikaikan sudah tahu takut kenapa naik juga kuda tersebut?

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video dengan paparan Ratu Farah Diva jadi bualan hangat tersebut:

“Kenapa kalau carut dan jerit dia jadi sebutan clear haha”

“Yang peliknya, da tau takut kenapa naik..Tak paham la”

“Auto keluar suara jantan”

“Suara dia ni memang boleh buat orang darah tinggi eh”

Sumber: TikTok Sugehresorts