“Baru aku tau”- Video salam tangan curi tumpuan netizen, tak sangka rupanya Aishah & Afiq Muiz adik beradik

Sponsored

Tentu anda cukup mengenali dengan dua nama pelakon ini, Aishah Azman dan Afiq Muiz yang mana wajah kedua-dua anak seni ini tidak asing lagi bagi penonton di kaca televisyen. Mana tidaknya, Aishah Azman dan Afiq Muiz bukanlah calang-calang pelakon kerana mempunyai bakat tersendiri.

Meskipun begitu, satu perkongsian oleh seorang individu menyebabkan dua pelakon itu menjadi perbualan warganet diruangan komen selepas individu tersebut memuat naik satu rakaman video pendek yang kelihatannya dirumah mereka.

Sponsored

Menulis kapsyen, ‘Sebelum adik (Aishah Azman) pergi kelas, buli dia dulu,’ kata pemilik akaun yang mana video tersebut memaparkan Aishah Azman memakai jubah berwarna biru yang sepertinya mahu ke kelas namun diberhentikan apabila dia diminta untuk bersalam terlebih dahulu.

Dalam bahagian akhir video pendek itu ternyata turut ada kelibat pelakon, Afiq Muiz yang mana Aishah Azman juga salam tangannya dan perkara itu antara yang ditumpukan oleh peminat dan warganet. Selepas dimaklumkan mereka sebenarnya adik-beradik, rata-ratanya berkata baru mengetahui hal tersebut.

Sponsored

Patutlah siap bersalam, rupanya Afiq Muiz dan Aishah Azman adalah adik beradik. Begitulah antara reaksi peminat dan warganet diruangan komen dan dalam pada itu, video tersebut menerima lebih 24,000 tanda suka.

‘Betul la tu Aishah Azman dan Afiq, diorang kan dua beradik’

Sponsored
Aishah

‘Saya pun baru tahu’

Aishah

‘Baru aku tau Afiq dengan Aishah ni adik beradik’

‘Patutla muka sama’

Klik pautan dibawah untuk ikuti topik menarik lain seperti berikut