Berlari Peluk Suami, Wany Hasrita Nyaris Dikecam Netizen, “Kadang-Kadang Lupa Wany Dah Kahwin…”

Sponsored

Penyanyi Wany Hasrita baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik video pertemuannya dengan suami di Jepun. Menerusi video yang dikongsikan itu, Wany terbang ke negara matahari terbit itu untuk berjumpa dengan suaminya di sana.

Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, Wany kelihatan begitu teruja sekali sebelum berlari dan memeluk suaminya itu. Video yang dimuat naik di Tik Tok itu kini telah menerima dua juta tontonan tidak sampai 24 jam ianya dikongsikan.

Sponsored

Apa yang menjadi bualan ramai ialah rata-rata netizen hampir terlupa penyanyi itu telah pun mendirikan rumah tangga dan mengakui berasa terkejut melihat tindakannya memeluk lelaki itu. Malah netizen turut berseloroh hampir sahaja mengecam tindakan penyanyi itu kerana terlupa dengan statusnya yang sudah berkahwin.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memuji Wany Hasrita yang jarang menunjukkan kemesraannya bersama suami malah menjaga privasi suaminya itu dengan tidak berkongsikannya di media sosial. Sehinggakan ramai yang terlupa penyanyi itu telah pun mendirikan rumah tangga pada bulan Julai tahun lalu.

Sponsored

“Kadang-kadang lupa Wany dah kahwin.”

“Mula-mula ehhh ehhh peluk laki mana pulak tu, lupa yang dah kahwin.”

Sponsored

“Serius aku lupa dia dah kahwin nampak dia peluk ehh dia pahal.”

Sekadar info, Wany Hasrita dan pasangannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun selamat mendirikan rumah tangga dengan dua kali lafaz pada 22 Julai tahun lepas. Difahamkan, pasangan ini sudah lama mengenali satu sama lain sejak tahun 2010 namun mula menjalinkan hubungan rapat pada tahun 2019.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok