“Diberi Peluang Ini After 16 tahun”, Ummi Nazeera Bersyukur Raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Akhirnya!

Sponsored

Nama Ummi Nazeera bukanlah baru dalam industri hiburan tanah air. Pelakon berbakat besar ini sememangnya cukup luar biasa setiap kali lakonannya muncul di kaca televisyen.

Boleh dikatakan seorang pelakon verstail, berilah apa juga watak dapat dibawakan dengan baik sekali. Lebih-lebih lagi karakter ‘berat’ yang memerlukan penuh tenaga dan emosi untuk membawakannya. Sedikit sebanyak para penonton pasti turut terkesan emosi menyaksikan lakonannya.

Sponsored

Terbaharu setelah 16 tahun sebagai seorang pelakon, buat pertama kalinya Ummi Nazeera raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Majlis Anugerah Drama Sangat anjuran TV3 pada hujung minggu lalu.

Menerima anugerah tersebut, Ummi Nazeera bersyukur raih piala tersebut setelah bertahun bergelar anak seni. Berikut adalah perkongsian Ummi Nazeera bersyukur raih Anugerah Pelakon Wanita terbaik yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu:

Sponsored

Siapa sangka tuah lakonan Ummi Nazeera akhirnya membuahkan hasil dan aktress ini menerima anugerah setelah bertahun dalam industri hiburan tanah air.

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meninggalkan ucapan tahniah kepada pelakon berbakat besar ini. Malah peminatnya juga turut mengucapkan syukur atas kejayaan tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

Sponsored

“Alhamdulillah..Tahniah walaupun after 16 years..Tapi Ummi dah memenangi hati peminat sejak dulu lagi. Setiap watak yang dibawa memang terbaik..Trofi tu adalah rezeki Ummi pada tahun ini. Tapi rezeki Ummi sepanjang 16 years tak pernah putus kan”

“Alhamdulillah. Ni pakat dengan Michelle Yeah ke nak menang Best Actress Award sama2?”

“Awak layak untuk menang love! Tahniah”