Biodata Da’i Syed

Sponsored

Siapa Da’i Syed? Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail yang juga nama komersialnya, Da’i Syed merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah Malaysia.

Beliau dikenali umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat pada 2016 yang meletakkannya di tempat keempat.

Sponsored

Nama Sebenar: Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail

Nama Gelaran/Glamour: Da’i Syed atau Syed Iqmal – Da’i bererti “Pendakwah”

Sponsored

Tarikh Lahir: 20 Oktober 1995 (27 tahun, 2022).

Asal: Perlis

Sponsored

Instagram: @daisyed_

Da’i Syed bergiat sebagai pendakwah bebas, selain bergelar penyanyi dan pelakon. Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4) pada 2016 yang meletakkannya di kedudukan keempat terbaik, dalam finalis rancangan tersebut.

Penampilan diri yang bersahaja sesuai dengan usianya yang masih remaja, berambut panjang, menyebabkan dia disukai ramai, ada juga yang orang mencemuh beliau kerana penampilan beliau macam itu.

  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daisyed_ sehingga kini mempunyai lebih 450,000 pengikut.

Pendidikan

  • Berkelulusan dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir.

Muzik/Lagu Yang dinyanyikan Oleh Da’i Syed

  • Keagungan Cinta-Mu, karya Aiman Zul 2 By 2 dan lirik bersama Da’i Syed
  • Ya Rasulullah, karya Seif Jamalullail (Ayah Da’i Syed)
  • Arah, karya Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.
  • Atouna Tufuli (Berikan Masa Kecilku), Heliza Helmi, Da’i Syed & Hazwani Helmi
  • Cover Song :-Albi Nadak
  • Cover Song :- Ya Agmal Eyoun.

Filem/Drama/Telefilem/Televisyen Yang Pernah Disertai

2018: Papa Nak Menantu.

Pencapaian/Rancangan Realiti. 

2016: Mendapat kedudukan Keempat (4) dalam Program Da’i Pendakwah Nusantara (Musim 4)

2018: Mewakili Malaysia dalam program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) dan meraih tempat ketiga.