Ketuk Tingkap Kereta Minta Nombor Telefon, Cara Lelaki Ini Mengorat Wanita Cetus Perbalahan Ramai

Sponsored

Baru-baru ini, sebuah hantaran yang dikongsikan semula di Twitter menjadi bualan ramai memaparkan aksi seorang lelaki cuba mengorat seorang wanita di jalan raya.

Di dalam video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut dilihat turun dari keretanya semasa lampu isyarat merah dan mengetuk tingkap kereta di hadapannya.

Sponsored

Difahamkan, lelaki itu cuba mendapatkan nombor telefon pemandu wanita tersebut sambil dirakamkan oleh rakannya. Video yang dikongsikan itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.

Ada yang berpendapat cara lelaki itu boleh mengundang kerisauan dalam kalangan pemandu wanita yang sering diganggu semasa memandu di jalan raya.

Sponsored

Malah ramai juga wanita yang menganggap cara tersebut hanya akan memberikan ketakutan dan rasa trauma kepada pemandu wanita dan bukanlah cara terbaik untuk mengorat seseorang.

Dalam masa yang sama, netizen turut menasihati para wanita untuk tidak menurunkan cermin sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh pemandu wanita tersebut.

Sponsored

Ini kerana ia bukan sahaja boleh berpotensi mendatangkan bahaya malah cara itu juga adalah tidak selamat terutamanya untuk pemandu wanita yang memandu sendirian.

Sebaliknya, netizen menasihatkan pemandu wanita untuk menurunkan cermin kereta sedikit sahaja sekiranya diketuk oleh individu yang tidak dikenali.

Berdasarkan tinjauan juga, ramai yang bersetuju cara lelaki ini mengorat bukanlah cara yang ‘gentle’ seperti yang dianggap oleh lelaki tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: