Setelah beberapa hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) selesai pada Sabtu lalu, sehingga ke hari ini masih belum ada kerajaan dan Perdana Menteri baharu. Parti politik dicadangkan untuk bersatu dalam membentuk sebuah kerajaan, namun ianya tidak berlaku.
Umum sedia tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah salah seorang calon Perdana Menteri ke-10 dan disebabkan itu beberapa hari ini ramai wartawan ‘berkampung’ di kediaman figura dihormati ramai untuk mendapatkan maklumat terkini.
Beberapa tingkahlaku Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti bergurau mahu keluar menonton wayang bila ditanya wartawan dan sikap pemurahnya yang menyantuni mereka telah meraih perhatian ramai.
Bagaimanapun baru-baru ini salah seorang pengguna Twitter telah rungkai maksud pemberian makanan dari Anwar Ibrahim. Dalam muat naik itu dikongsikan tekaan maksud oleh figura berkenaan kepada wartawan yang berkumpul di depan kediaman tersebut.
Dalam pendedahan individu ini, setiap yang dikatakan dan perbuatan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dirungkaikan olehnya. Antaranya mengenai kata-kata, ‘lunch is served’, ‘nasi ayam goreng kunyit’ dan banyak lagi. Hinggakan kunyit pun boleh dikaitkan dengan individu ini.
Selain dari itu telur mata yang turut dibungkus bersama nasi itu turut menjadi bahan rungkaian. Turut dikaitkan minuman 100 Plus yang diberikan kepada media dengan ‘kerusi’ yang menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Berikut adalah pendapatnya:
Ini pula penerangan lebih lagi dengan rungkai maksud pemberian makanan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh lelaki tersebut selebihnya:
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: