Trailer Filem Malbatt Misi Bakara Dipuji, “Bakal Cipta Fenomena, Pasti Box Office”

Sponsored

Satu lagi karya tempatan yang bakal menjengah ke pawagam berhampiran, filem berjudul Malbatt Misi Bakara antara yang dinanti-nantikan peminat. Difahamkan filem ini adalah berdasarkan kisah benar di sebalik insiden Black Hawk Down pada 1993.

Terbaharu salah seorang pelakon utama karya ini, Hairul Azreen berkongsikan trailer filem Malbatt Misi Bakara menerusi akaun media sosialnya dan telah menjadi bualan ramai.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian trailer filem berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Hairul Azreen ini:

Biarpun tarikh tayangannya dijangka pada bulan Ogos, namun menyaksikan trailer filem ini sahaja sudah mampu membuatkan ramai tak sabar menantikan filem dengan bajet RM20 juta iaitu yang paling mahal pernah dihasilkan di Malaysia.

Sponsored

Berkisarkan tentang tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui sangat teruja menantikan tayangan filem ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian trailer tersebut:

Sponsored

“Malaysia kena buat filem jenis macam ni lebih lagi. Love love love this!”

“Fuhh terbaik lah filem ni. Tak sabar nak menonton nye”

“Level2 international dah ni..Pasni buat cerita ops daulat pula”

“Buat movie camni lagi best dari movie pulau la mentega terbang la macam2 dok selit yang bukan2”

“Release sekarang ler..Tengok trailer pon tahu dah best! Confirm meletop filem nih”