Ramai Terpegun Lihat Gadis Bawa ‘Tour Private Suite’ Di Stadium Piala Dunia Qatar

Sponsored

Sejak dari majlis pelancarannya beberapa hari lalu, acara yang menyatukan pelbagai bangsa, agama dan negara iaitu Piala Dunia ini sentiasa mendapat perhatian ramai.

Tahun ini menyaksikan Piala Dunia diadakan di Qatar dan pelancarannya pada beberapa malam yang lalu terus menjadi bualan hangat ramai.

Sponsored

Terbaharu satu rakaman dengan paparan seorang gadis bawa ‘tour private suite’ di stadium Qatar yang mana lokasi acara gilang-gemilang ini berlangsung telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama Football Bae:

Sponsored

Menerusi rakaman tersebut, gadis ini berdiri di ruang legar sebelum mula berjalan sambil diikuti kamera di belakangnya. Gadis ini kemudiannya terus berjalan menuju masuk ke pintu dan di dalamnya ada sebuah bilik.

Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila gadis ini membuka satu pintu kaca dan ianya menuju terus ke kerusi penonton di dalam stadium. Itu belum lagi dia tunjuk macam ada makanan atas meja di dalam bilik tersebut.

Sponsored

Malah ruang cermin telus yang berada di dalam bilik itu turut membolehkan pengunjung menonton dari ruang tersebut. Memang premium!

Di ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan teruja menyaksikan perkongsian gadis bawa ‘tour private suite’ stadium di Qatar.

“Aku ingatkan dia nak review hotel tadi..Rupanya stadium ini VIP rupanya”

“Oh my..Oh my..Satu hari nanti..Satu hari nanti”

“Wahh.. Dari hotel terus depan stadium..Amazing gilerr”