Persahabatan antara pelakon filem Sembilu 1994 iaitu Erra Fazira dan Datuk Awie bukanlah satu rahsia lagi malah hubungan baik antara mereka membuatkan ramai kagum. Malah acap kali gurauan mereka membuatkan peminat turut sama terhibur.
Umum diketahui, mereka pernah menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dahulu dan kedua-dua pelakon dan penyanyi popular ini pernah bertunang namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Namun begitu, orang ramai kagum dengan persahabatan baik mereka selepas itu.
Kemunculan mereka di sebuah acara baru-baru ini juga mengundang rakan baik ini menjadi perbualan ramai. Ini kerana, sikap professional kedua-duanya membuatkan peminat mahupun warganet kagum dan meskipun kejadian terdahulu mereka tetap baik.
Malah Erra Fazira dan Awie masih boleh bergurau bersama. Seperti satu muat naik video pendek ini pula, gelagat Erra Fazira dan Awie diatas pentas semasa mereka muncul di satu acara membuatkan ramai semakin tertarik apabila pelakon jelita tersebut sporting berkongsikan kisah disaat Awie ingin mengenalinya
Tidak hanya Erra Fazira, penyanyi rock tersohor itu juga sempat berseloroh kepada peminat. Namun begitu, hubungan baik antara kedua-dua selebriti terkenal ini membuatkan orang ramai suka. Malah melihatkan gurauan Awie mahupun Primadona Filem Melayu sesama sendiri mengundang orang ramai terhibur dengan perangai kelakar mereka.
Sweet la diorang walau takde jodoh
Kantoi beradik angkat rupanya