Hannah Delisha Jadi Superwoman Kongsi BTS Video, “Sepanjang Berlakon Pertama Kali Bawa Karakter…”

Sponsored

Nampaknya nama Hanna Delisha semakin meningkat naik dalam industri hiburan tanah air. Cukup berbakat dalam bidang lakonan, namun suara nyanyian dimilikinya juga boleh tahan membuatkan ramai mula meminati Hannah Delisha.

Apatah lagi figura ini memiliki pakej lengkap sebagai anak seni dengan wajah jelita dan manis dipandang. Antara drama dibintanginya yang kini masih ditayangkan di televisyen adalah Andai Itu Takdirnya di samping Shukri Yahaya.

Sponsored

Terbaharu satu video dimuat naik oleh selebriti ini yang mana Hannah Delisha jadi ‘Superwoman’ telah menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut Hannah Delisha mengenakan pakaian seakan adiwira berwarna merah dan biru.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah Hannah Delisha jadi ‘Superwoman’ siap dengan aksinya yang kononnya sedang terbang. Berikut adalah perkongsian rakaman yang telah mencuri perhatian ramai itu:

Sponsored

Alahai comel! Menerusi ruangan kapsyen, Hannah memberitahu selama dia bergelar pelakon, ini adalah kali pertama dirinya membawa karakter sebegini. Malah dia turut memberitahu rakaman itu dibuat untuk iklan sebuah jenama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan Hannah Delisha yang nampak lain dari kebiasaan. Selain dari itu ramai juga akui terhibur dengan lakonan Hannah Delisha tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

Sponsored

“Lain maciamm hahaha. Comelnya superwoman ni. Semenjak dikecewakan oleh Aizril Aleya terus berubah jadi superwoman. Okelah tu haha”

“Merasa jugak Hanna jadi 1st supergirl versi muslimah dalam multiverse DC”

“Dia jadi superwoman pulak dah”