Mira Filzah & Qasrina dikatakan macam adik-beradik, netizen kata Tracie pula adik ketiga

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Mira Filzah dan Qasrina Karim menjadi perbualan warganet selepas wajah mereka dikatakan seiras sehingga ada yang keliru. Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali viral dan diperkatakan ramai, kedua-dua pelakon tersebut ternyata digandingkan bersama.

Menerusi sebuah drama yang kini mendapat perhatian berjudul Imam Instant Ustazah Scammer memaparkan Mira Filzah dan Qasrina Karim digandingkan bersama. Turut membintangi drama tersebut adalah Hun Haqeem dan Mierul Aiman.

Sponsored

Digandingkan dalam drama

Walau bagaimanapun, sekali lagi kedua-dua pelakon jelita ini tular selepas satu rakaman video dikongsikan Astro Ceria memaparkan mereka merakam video yang kini menjadi trend tentang kembar. Namun begitu, video mereka ini turut menjadi tumpuan warganet dan peminat mereka.

Sponsored

Sekali lagi wajah seiras Qasrina Karim disamakan dengan pelakon popular tersebut. Persamaan mereka bagaimanapun mendapat pertanyaan adakah mereka benar-benar adik-beradik.

@astroceria

Kalau korang suka tengok Imam Instant Ustazah Scammer, tengoklah Salam Famili! Memang best jugak mcm #IIUS @Mira Filzah @Qasrina Karim #salamfamili Saksikan Salam Famili di Astro Ceria setiap Rabu 3 petang atau strim di AstroGo dan Astro OnDemand ✌️ #bukalahhati #mirafilzah #qasrinakarim #imaminstantustazahsscammer

♬ original sound – chloelochia

Namun begitu, melihatkan video mereka yang dikatakan seperti adik-beradik itu dimana Mira Filzah kakak sulung diikuti Qasrina Karim sebagai anak kedua menyebabkan pemenang gelaran juara Dewi Remaja 2022 iaitu Tracie Sinidol dikatakan sebagai adik ketiga.

Sponsored

Menerusi ruangan komen, netizen meninggalkan pelbagai reaksi yang ada rupanya masih tertanya-tanya jika Qasrina Karim adalah adik kepada Mira Filzah namun sebenarnya bukan dan wajah mereka sering tular kerana dikatakan seiras.

Husband tanya, eh adik Mira Filzah berlakon ke

Mira Filzah

Macam kembar kan, dua-dua cantik

Tracie adik ketiga yang ni hihi

Mira Filzah