Eyka Farhana bawa watak ‘penyondol’, netizen luah rasa geram

Sponsored

Selepas kejayaan drama berjudul Melur Untuk Firdaus pada musim pertama mencetuskan drama ini begitu mendapat perhatian dan hangat dibualkan oleh penonton di media sosial. Gandingan pertama kali antara pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling juga berhasil menarik perhatian peminat drama tempatan.

Sehinggakan drama Melur Untuk Firdaus tidak hanya mempunyai peminat dari Malaysia sahaja malah di Indonesia turut sama ‘meletop’. Walau bagaimanapun, dalam musim kedua yang sudah ditayangkan ini pula menyebabkan watak baharu iaitu Mawar lakonan Eyka Farhana turut menjadi tumpuan penonton.

Sponsored

Apatah lagi watak dilakonkan Eyka Farhana semakin mengundang kemarahan penonton apabila dia juga digelar sebagai ‘penyondol’ yang cuba mendekati suami Melur dilakonkan oleh Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar.

Ternyata lakonan menjadi Eyka Farhana mengundang dia juga hangat dibualkan warganet di media sosial yang sekali gus membuktikan lakonannya itu menjadi.

Sponsored

Perkongsian di TV3 Malaysia pula membuatkan Eyka Farhana menerima pelbagai reaksi geram oleh peminat drama tempatan dan penonton lakonannya itu.

Kan bagus semua suami macam ni kalau ada yang nak menyondol

Sponsored

Bagus ye lakonan Eyka Farhana ni, saya suka.

Perangai penyondol bila yang dia nak tu tak dapat, dia balas kat orang lain

Penyondol dimana-mana

Eh Mawae ni, pehal terhegeh-hegeh dekat suami orang. Muka tembok ke ea. Tak tahu malu ke