Kini bermacam-macam video trend yang menjadi perhatian di aplikasi TikTok sehinggakan platform tersebut semakin menarik minat pelbagai pihak. Kepelbagaian video yang menjadi trend juga mencetuskan orang ramai sering mencubanya. Terbaharu pula, cabaran memilih beberapa pelakon Malaysia diminati menghujani ruangan fyp atau for your page di TikTok.
Bagi setiap orang pasti memiliki minat yang berbeza-beza, jadi ada yang akan memilih Beto Kusyairy sebagai artis kegemaran mereka namun ada juga yang bertukar-tukar kerana setiap artis yang tercalon dalam trend tersebut semuanya hebat-hebat belaka.
Trend pilih artis kegemaran pula jadi tumpuan
Walau bagaimanapun, dalam pada artis yang tercalon itu juga ada Remy Ishak iaitu seorang Hero Malaya yang mempunyai ramai peminat sehingga ketika dia berkahwin ramai ternyata ‘patah hati’.
Terbaharu, perkongsian isteri kepada Remy Ishak iaitu Ezza Yusof membuatkan orang ramai tercuit hati dengan dirinya. Manakan tidak, disebabkan suaminya turut tercalon dalam trend tersebut, sudah tentu dia memilih jejaka pilihan hatinya itu.
Video yang menjadi trend terbaharu itu dilakukan oleh isteri Remy Ishak sendiri membuatkan ramai suka dan tercuit hati dengan kecomelan isteri pelakon itu sendiri yang turut sporting mencuba trend tersebut.
Takyah pilih kak, amik je
Ni jumpa live face to face
Suamiku pelakon popular. Hahaha
Okay yang wife diorang punya version semua kiut