Gara2 ‘content’ dulu dikecam hebat, kini Aisar Khaled ‘disayangi’ ramai

Sponsored

Sebut sahaja nama Aisar Khaled tentu ramai yang mengenali dengan personaliti media sosial terkenal ini. Apa sahaja dilakukannya, tentu mendapat perhatian warganet. Namun begitu, perhatian yang diberikan disebabkan rata-ratanya tidak menyukai content dilakukan oleh pemuda ini sehingga beberapa kali viral kerana dikecam.

Jarang sekali influencer kontroversi tersebut menerima pujian warganet namun kini Aisar Khaled antara content creator disayangi ramai apabila dia mengubah caranya untuk mendekati umum dengan berkongsikan rezeki diperolehnya dengan tidak kira sesiapa yang memerlukan.

Sponsored

Apatah lagi sempena Bulan Ramadan, Aisar Khaled tampil berkongsikan rezeki. “30 hari Ramadan, 30 hari kongsi rezeki.” Video-video dikongsikan Aisar Khaled di akaun miliknya yang diikuti 2.2 juta pengguna platform tersebut membuatkan dia menerima ribuan tanda suka.

Dalam pada dia menggunakan caranya untuk berkongsi rezeki dengan orang yang tepat bagi netizen menyebabkan content dalam video Aisar Khaled membuatkan rata-ratanya turut tumpang gembira.

Sponsored

Malah menjengah ke ruangan komen, orang ramai mengambil kesempatan itu juga mendoakan yang baik-baik buat pemuda ini yang mengembirakan orang ramai dengan berkongsikan rezeki yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Yang tengok pun tertawa sama, moga dimurahkan rezeki selalu

Sponsored

But ko memang baik doh bang

Keep going Aisar. Apa yang kita buat sekarang akan berbalik kepada kita 2 kali ganda

Baguslah content macam ni moga murah rezeki selalu