Aliff Syukri akhirnya nyanyi ‘live’, komen Zizan Razak pula tarik perhatian ramai

Sponsored

Penangan lagu baharu dilancarkan oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sehingga gelaran nombor satu juga menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini di media sosial nampaknya ia tidak henti disitu.

Ini kerana, Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila dilihat menyanyi secara live. Selepas sekian lama, akhirnya warganet di Instagram dapat mendengarkan suara pemilik lagu Chu Ku Chuk Raya ini secara langsung.

Sponsored

Tiada miming dan tidak auto tune

“Artis no menyanyi secara live, sila nikmati suara saya macam mana merdu tak? No maiming no autotune, suara kurniaan Allah,” tulisnya pula diruangan kapsyen disamping memuat naik satu rakaman video.

Sponsored

Walau bagaimanapun, selain ruangan komen dihujani ratusan reaksi meskipun baru beberapa jam dikongsikan ternyata komen pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak juga menjadi tumpuan warganet apabila dia bertanyakan soalan buat Aliff Syukri itu.

Kalau no 1 suara macam ni no 2 macam mana ye Dato?? Tapi saya tak cakap tidak sedap cuma rasa ingin tahu

Sponsored

Dalam pada itu, komen ditinggalkan Zizan Razak buat Aliff Syukri tersebut juga membuatkan orang ramai tertawa sehinggakan dia pula menerima balasan komen oleh warganet yang mana ada yang berkata, “Ada juga yang berani menanye.”

Memang baik la bang Hahaha

Biarlah dia jadi no 1 bang. Menurut telinga tu kita taulah siapa yang betul-betul nombor 1