Ibu Ismail Izzani Jawab Tuduhan Anaknya, “Mengata Anak Orang Memang Seronokkan”

Sponsored

Sejak beberapa hari lalu satu video yang mendakwa lelaki mirip penyanyi popular iaitu Ismail Izzani menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman itu dipaparkan lelaki tersebut sedang berseronok di dalam sebuah kelab malam bersama seorang gadis berpakaian agak seksi.

Rakaman tersebut menjadi bualan hangat netizen dengan rata-ratanya mendakwa lelaki tersebut adalah Ismail Izzani. Lebih hangat lagi apabila lelaki itu sempat mencium wanita berkenaan.

Sponsored

Untuk info, ini bukan kali pertama nama Ismail Izzani dikaitkan dengan video ‘liar’ sebegini. Biarpun begitu, nama penyanyi popular yang dikaitkan dengan video sebegini telah disangkal oleh ibunya, Datin Suliza Salim.

Biarpun begitu, disebabkan video yang tular baru-baru ini netizen mula ‘berkampung’ di ruangan Instagram milik ibu penyanyi berkenaan yang dikenali dengan nama Suliza Salim.

Sponsored

Beberapa komen yang kurang menyenangkan di mana netizen mendakwa video itu sudah terang-terangan individu berkenaan adalah Mail. Jadi ibunya tidak boleh backup lagi.

Malah dalam tulisan berbeza ada juga yang mengingatkan supaya mendidik anak dengan baik.

Sponsored

Selain dari itu ada juga yang memberitahu bahawa video tersebut telah viral.

Namun begitu, di sebalik komen dengan ayat ‘kasar’ dari netizen ada juga yang menegur mereka ini supaaya menjaga tulisan di ruangan komen Instagram ibu Ismail Izzani ini.

Dek kerana komen-komen ini, ada juga yang mendapat perhatian ibu Ismail Izzani, Suliza Salam. Menjawab tuduhan itu, Suliza Salam menulis, “Anak kamu nanti belom tau jugak lagi kan…Mengata anak orang memang seronok kan…”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber: Suliza Salam