Pak Azad Teruja Dapat Bergambar Dengan PM Ke-10, “Senyum Sampai Telinga”

Sponsored

Sebut sahaja nama Azad Jazmin atau lebih mesra dengan Pak Azad, pastinya ramai yang dapat membayangkan gaya percakapan dengan riuhnya. Kini bukan sahaja bergelar pelakon, malah turut menjadi penyampai radio.

Terbaharu satu rakaman dengan paparan Pak Azad teruja dapat bergambar dengan PM ke-10 telah mencuri perhatian ramai. Umum sedia tahu semalam Malaysia telah melakar lagi satu sejarah apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Sponsored

Satu berita yang dinanti-nantikan ramai sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Sabtu lalu. Pelantikan itu membuatkan ramai pengikut dan penyokong Pakatan Harapan sangat gembira.

Perkongsian rakaman Pak Azad yang cukup gembira berdiri di sebelah Dato’ Seri Anwar ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok EiraSyazira7. Berikut adalah muat naik tersebut:

Sponsored
@eirasyazira7

Tahniah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim 😎 #3PagiERA #AzadJazmin

♬ Langkah Pejuang – Soutul Amal

Bukan main tersengih dan seronok lagi Pak Azad dalam rakaman ini. Perkongsian rakaman Pak Azad teruja dapat bergambar dengan PM ke-10 ini telah meraih lebih 265 ribu tontonan dan 14 ribu likes.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini seperti berikut:

Sponsored

“Sameee..I non stop tauu smile je everywhere hihi”

“Perjuangan Pak Azad sampai hantar nasi briyani daging kambing sekarang pun ikut happy dan seronok”

“Amboi Pak Azad tu senyum sampai telinga…Apa pun tahniah DSAI…Kami rakyat sentiasa ada bersama DSAI”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber: EiraSyazira7