Asad Motawh Buat Video Perli Ismail Izzani, “Macam Ada Simpan Dendam Je…”

Sponsored

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan video seorang penyanyi muda Ismail Izzani yang dikatakan berhibur di sebuah kelab malam bersama seorang wanita.

Video yang tular di media sosial itu juga meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya mengutuk tindakan penyanyi muda itu yang tidak menjaga batasnya sebagai seorang yang beragama Islam.

Sponsored

Susulan video yang viral itu, akaun media sosial milik Ismail Izzani juga turut ‘diserang’ oleh netizen yang mengharapkan penjelasan dari penyanyi itu berhubung isu tersebut.

Terkini, tular pula satu video dari penyanyi Asad Motawh yang dikatakan telah memerli dan menyindir Ismail Izzani susulan videonya di kelab malam itu.

Sponsored

Menerusi video yang dikongsikan di platform Tik Tok, Asad Motawh dilihat menggunakan lagu nyanyian Ismail Izzani yang berjudul Sabar sebagai muzik latar dengan kapsyen seperti menyindir rakan artisnya ini.

Perkongsian yang dimuat naik di Tik Tok itu kemudiannya menjadi bualan ramai yang memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Asad Motawh ini. Malah netizen juga turut terhibur melihat sindiran yang seperti ditujukan kepada penyanyi tersebut.

Sponsored

“Ni sindiran yang sopan bagus budak asad ni.”

“Macam ada simpan dendam je bang.”

“Bukan main perli member ye.”

Namun ada juga yang menasihatkan supaya Asad Motawh tidak mengeruhkan lagi situasi dengan cuba ‘memanaskan’ lagi keadaan. Tambah netizen, sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan termasuklah Asad Motawh sendiri.

Sebelum ini, nama Ismail Izzani menjadi bualan ramai selepas tular sebuah video di mana dia sedang menari dan memeluk seorang wanita berpakaian mencolok mata di dalam kelab malam. Tetapi setakat ini, masih tiada sebarang penjelasan yang diberikan oleh penyanyi muda itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: