Baru-baru ini satu perkongsian video seorang pelakon yang popular dalam drama Sutun dan Sutun 2 dalam satu platform menyebabkan dirinya viral di media sosial sehingga menggamit memori ramai penonton drama tersebut.
Pelakon itu adalah Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman atau turut mesra dengan panggilan dalam industri hiburan sebagai Adeq. Pelakon ini dilihat sekian lama menyepi dalam industri hiburan meskipun namanya mendapat perhatian dalam drama tersebut. Menerusi sumber bagaimanapun pelakon drama Sutun ini tidak menyangka dirinya masih diingati.
“Saya tak hilang kemana pun… cuma tak aktif dalam dunia hiburan kerana sambung belajar dalam bidang penguruan. Tamat belajar saya terus bekerja sebagai guru dan ditakdirkan jadi pendidik sehingga kini.” Ujarnya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, dia sangat terkejut apabila ramai masih ingat dan mengenalinya memandangkan pelakon ini juga kurang aktif di media sosial. Buat masa ini katanya juga menjadi tumpuannya adalah menjadi pendidik.
“Buat masa ini, tumpuan saya adalah menjadi pendidik kerana kerjaya itu memberi saya kepuasan lihat kejayaan anak didik di persada dunia. Cuma, ada juga terfikir untuk aktif semula tetapi persoalannya ada yang terima saya ke? Apapun syukur Alhamdulillah. Terharu dan sangat berterima kasih dengan semua.” Katanya lagi.
Ramai teruja dan masih ingat
Namun begitu, menjengah ke komen ditinggalkan warganet ramai teruja dan akui masih ingat akan lakonannya dalam drama tersebut.