Ikmal Amry Anggap Babak ‘Panas’ Filem Pulau Tak Perlu Disensasikan, “Tak Suka Tak Perlu Tengok…”

Sponsored

Sebelum ini, filem terbaru berjudul Pulau telah menerima kecaman dan kritikan hebat selepas trailer rasmi filem itu dikongsikan buat kali pertama. Apa yang menimbulkan kemarahan ramai ialah apabila terdapat beberapa adegan ‘panas’ yang dikatakan tidak sesuai untuk tayangan di Malaysia.

Namun salah seorang pelakon yang membintangi filem berkenaan, Ikmal Amry berpendapat dia menyerahkan semuanya kepada penonton untuk menilai sendiri filem bergenre seram ini. Menurutnya, isu mengenai babak ‘panas’ itu tidak seharusnya disensasikan atau diperbesarkan.

Sponsored

Ini kerana penonton mempunyai hak untuk menonton atau tidak filem berkenaan semasa ia mula ditayangkan di panggung wayang. Katanya, tiada paksaan dikenakan kepada orang ramai untuk hadir menonton filem tersebut apatah lagi ia melibatkan wang penonton sendiri.

“Tak suka tak perlu tengok. Anda yang membeli tiket wayang, jadi ada pilihan untuk pergi pawagam atau tidak. Setiap filem pasti ada cara promosi mereka sendiri dan memanglah perlu nampak gempak supaya ramai penonton.”

Sponsored

Walaupun menerima tempias kecaman itu, Ikmal memberitahu dia sedar dan tahu batasnya sebagai seorang pelakon ketika menjayakan beberapa babak dalam filem Pulau ini. Dia turut berharap babaknya menayang badan di dalam filem itu juga tidak perlu dijadikan bahan sensasi.

Tidak terlibat dengan babak ‘panas’

Dalam masa yang sama, Ikmal menegaskan dia langsung tidak ada terlibat dengan babak ‘panas’ di dalam filem Pulau yang akan ditayangkan pada 9 Mac ini. Namun dia ada terlibat di dalam beberapa babak di mana dia perlu membuka baju untuk babak berenang dan sebagainya.

Sponsored

“Sejak awal penggambaran filem tersebut saya sudah beritahu enggan terlibat dengan babak-babak sebegitu. Kalau buka baju pun hanya ikut keperluan. Susah nak halang orang bercakap tentang perkara ini. Kalau ada peminat saya, tontonlah sebab lakonan saya dan jangan menghakimi hal yang lain.”

Terdahulu, netizen mempersoalkan tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang membenarkan tayangan beberapa adegan tidak bersesuaian dalam filem itu. Malah ada juga netizen yang meminta untuk membatalkan sahaja tayangan filem itu di panggung wayang kerana memberikan pengaruh yang negatif.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar