Video Prank Melampau TikToker Dikritik, Pemilik Akaun Jelaskan Situasi Sebenar

Sponsored

Hari ini anak-anak muda lebih cenderung menggunakan platform media sosial untuk berhibur dan ada juga meraih pendapatan menerusinya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu video prank telah menjadi buah mulut ramai kerana dianggap keterlaluan. Dalam rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok tersebut dipaparkan seorang lelaki menghampiri wanita yang sedang duduk di taman.

Sponsored

Namun tidak semena-mena lelaki itu mencampakkan kek ke muka wanita berkenaan. Disebabkan video ini, lelaki itu telah menerima pelbagai cercaan dari netizen yang menganggap perbuatan tersebut sebagai melampau.

Disebabkan video prank melampau TikToker ini beberapa selebriti telah memuat naik kembali menerusi sosial media masing-masing. Malah rata-ratanya tidak bersetuju dengan video content sebegini. Salah seorang darinya adalah Achey.

Sponsored

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengkritik perbuatan mereka ini yang langsung tidak sepatutnya dilakukan.

Video asal yang dimuat naik menerusi pemilik TikTok dengan nama akaun daing ellando telah pun diturunkan. Menyedari akan kesilapan mereka itu, TikToker tersebut telah pun memuat naik video memohon maaf.

Sponsored

Dalam rakaman tersebut dipaparkan ‘mangsa’ iaitu wanita ini mengakui dia adalah salah seorang yang berlakon dalam video tular tersebut.

“Saya diberikan tugas untuk melakonkan watak sebagai seorang ibu yang membawakan anak OKU, yang mana saya di’prank’ menggunakan kek,” jelas wanita berkenaan.

Malah dia juga akui tujuannya adalah untuk membantu anak-anak muda bekerjaya dan berjaya dalam TikTok. Lelaki dalam video tersebut pula menjelaskan sebenarnya tujuan mereka adalah untuk prank orang di sekeliling di taman itu. Bukannya wanita berkenaan.

Namun apa yang mereka dapati adalah orang sekeliling hanya memandang dan tidak berbuat apa-apa biarpun wanita berkenaan diperlakukan sebegitu. Hanya selepas video tersebut tular, orang ramai mula ‘bersuara’.

Selain dari itu, kedua-dua individu ini turut memohon maaf kepada orang ramai mengenai video prank melampau TikToker tersebut. Wanita berkenaan memohon supaya perkara ini tidak berterusan dan berharap agar orang ramai menghentikan kecaman pada anak angkatnya itu.