Hari ini sosial media dan industri hiburan kecoh dengan kes sebutan penceraian pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Biarpun kes tersebut belum ada penyelesaiannya selepas Syamsul tidak mahu melafazkan cerai kerana percaya hubungan mereka masih ada sinar, namun Puteri Sarah dilihat ceria bertemu wartawan yang menanti di luar.
Malah sempat juga peguam kepada Puteri Sarah membicarakan mengenai kes sampingan lain terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan keluarganya. Menurut peguam pelakon jelita ini, Ira Kazar perlu tunjuk bukti tak bersalah kepada mahkamah semasa perbicaraan nanti.
Selain dari itu Puteri Sarah turut memaklumkan ibu mertuanya ada memberitahu akan menjadi pencelah dan saksi bagi kes berkenaan. Berikut adalah pendedahan dan kata peguam bersama Puteri Sarah mengenai Ira Kazar perlu tunjuk bukti tak bersalah dalam kes berkenaan:
Perkongsian yang dimuat naik di TikTok Xtra_my ini membuatkan warganet memuji ibu mertua Puteri Sarah yang sanggup ‘melawan’ anaknya sendiri dan berada di pihak yang benar.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Bagusnya mak mentua yang rasional..Dia tahu mana betul dan salah..Terbaik mak mentua gini”
“Untung nya dapat mak mentua yang supportive”
“Mak mertua dia sangat hargai Puteri Sarah ni sebab utama dah lahirkan cucu2 dia. Ingat tu pengorbanan paling besar menjadi ibu. Bab lain confirm PS ni sangat baik”
“Bagusya mak mertua Sarah. Dia tahu anak dia salah dan dia sebenarnya nak menebus kesalahan anaknya dengan membela Sarah. Itulah ibu”