“Jual Sambal Je” Khairulaming kongsi catat jualan RM21.5 juta dalam masa 2 tahun

Sponsored

Melalui kerja keras dan penggunaan media sosial, Khairulaming telah mencapai populariti yang luar biasa dan juga membuktikan kebolehannya sebagai usahawan.

Baru-baru ini, personaliti media sosial itu telah berkongsi berita gembira mengenai produk Sambal Nyet yang dihasilkannya, yang telah mencatatkan jualan yang luar biasa selepas dua tahun dilancarkan. Kejayaan produk makanan tersebut tidak hanya dapat dilihat melalui angka jualan yang tinggi, tetapi juga mendapat pengiktirafan istimewa dalam masa hanya setahun selepas diperkenalkan ke pasaran.

Sponsored

“Hari ni genap dua tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi dan saya gembira nak kongsi dengan anda yang jumlah keseluruhan jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta bersamaan dengan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.

“Pada tahun pertama, jualan kita adalah sebanyak RM7.5 juta dan tahun kedua meningkat ke RM14 juta, jadi jumlah keseluruhan dua tahun adalah sebanyak RM21.5 juta,” ujarnya.

Sponsored

Dalam satu video yang dikongsikan, Khairulaming mendedahkan bahawa pihaknya kini menerima sebanyak 1,000 kilogram (kg) bawang dan cili setiap hari untuk menghasilkan produk Sambal Nyet.

Khairulaming turut mendedahkan perancangan untuk melancarkan produk keduanya pada tahun 2023.

Sponsored

“Apa plan untuk 2023? Saya gembira nak umum yang kilang kedua kita di Kota Bharu, Kelantan telah beroperasi sepenuhnya untuk produk kedua dan kita pun dah plan banyak rewards nak bagi kat staf tahun ni.

“Kita juga dah mulakan on ground event terutamanya untuk Sambal Nyet di universiti. Saya gembira, saya bersyukur sebenarnya banyak liku-liku yang kita hadapi sebab kita mula daripada kosong, mula dari bawah.

“Tapi saya gembira cabaran ni buat saya lebih kuat untuk terus berkembang lagi di masa hadapan,” ujarnya lagi.

Sebagai catatan, Khairulaming telah mencapai populariti selepas menghasilkan video memasak semasa Ramadan pada tahun 2018. Beliau kini mempunyai 3.5 juta pengikut di Instagram dan 2.4 juta di aplikasi TikTok.