Pelakon jelita, Izara Aishah membuatkan ramai wanita begitu mengagumi dirinya dalam penampilan sopan dipakainya selepas berhijab. Izara Aishah bagaimanapun antara selebriti wanita yang kini semakin menjadi tumpuan apabila dia kekal bergaya meskipun berhijab.
Malah gaya-gayanya dalam pemilihan berpakaian meskipun kelihatan begitu meletop namun dia tetap menjaga auratnya dan masih kelihatan sopan membuatkan dia antara selebriti disukai ramai dan sering dipuji oleh warganet di media sosial.
Akhirnya pada kali ini, warganet dapat mendengar bagaimana Izara Aishah menjawab soalan tentang tips untuk kekal istiqamah berhijab. Seorang individu yang ingin memakai hijab memintanya tips untuk kekal istiqamah. Izara Aishah bagaimanapun menjawabnya dengan positif kepada individu terbabit.
Dalam pada itu dia juga berkongsikan nikmat rezeki yang diterimanya selepas berhijab yang membuatkan dia juga tidak terkata. “Izara sejak pakai tudung ni, Izara punya rezeki MasyaAllah tak tahu nak cakap macam mana.”
Izara Aishah juga akui bahawa Iman naik dan turun namun apabila lama-lama selebriti jelita ini berkata akan rasa kuat. Dia juga bercerita tentang dirinya yang mulai berhijab.
“Takpe on off pakai tudung untuk yang baru-baru, trust me lama-lama kita akan tiba-tiba ada rasa segan nak buka tudung”
“Dia tak sombong pun, Alhamdulillah teruskan istiqamah. Moga urusan awak dipermudahkan”
“Jawapan secantik orangnya”
“Aih saya yang perempuan pun cair dengar Izara cakap”