“Kedai saya dikacau oleh orang ramai”- View Chin akhirnya ‘buka mulut’

Sponsored

Sejak beberapa hari ini seorang Tiktoker dan usahawan terkenal didakwa curang dengan pekerja sendiri yang mana ia didedahkan oleh bekas isterinya, Shermine menjadi perbualan hangat di media sosial sehinggakan mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Selepas isu berkenaan tular sejak tiga hari lalu, View Chin akhirnya ‘buka mulut’ di ruangan media sosial peribadinya dan memohon maaf kepada semua.

Sponsored

View Chin ‘buka mulut’

Usahawan ini memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan ruangan di rumahnya yang kosong kerana sudah dipindahkan.

Sponsored

“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Saya akan bagi statement secepat mungkin bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa.”

View Chin

“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa-apa barang semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu selesaikan seller & semua brand barangan bertanya berkenaan perkara yang telah viral dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali. Saya perlu satu persatu menjawab setiap seller & memulanngkan kembali duit mereka. Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu.

Sponsored

“Perkara ini menimpa sampaikan business saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai begitu juga dengan staff saya juga kena kacau oleh mereka berkenaan.

View Chin

Minta masa

“Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab.” Katanya di akhir ayat yang meminta agar dia diberikan masa untuk menjawab setiap persoalan yang berlaku.

SumberView Chin