“Kelakar siott”- Chacha Maembong disebalik tabir video ‘gegar’ bikin ramai terhibur

Sponsored

Baru-baru ini pelakon, Emma Maembong menjadi tumpuan ramai di majlis gender reveal anak keduanya. Walau bagaimanapun, selain dinanti-nantikan pengumuman jantina anak keduanya, gelagat adik Emma Maembong iaitu Chacha Maembong juga ternyata mencuri tumpuan orang ramai.

Akibat percayakan adiknya itu untuk merakam momen ketika majlis tersebut, ternyata huru-hara video yang diperoleh selepas jantina anak keduanya diumumkan apabila Chacha dilihat begitu teruja sehingga tidak merakam dengan jelas momen tersebut.

Sponsored

Emma Maembong juga kecewa dengan tindakan adiknya itu namun semakin lucu dan mencuit hati orang ramai juga selepas melihat disebalik tabir gelagat Chacha Maembong. Kongsi Emma Maembong, adiknya itu terlalu teruja disebabkan dia adalah team yang meneka jantina anaknya lelaki.

Manakala orang ramai lebih meneka anak keduanya itu adalah perempuan, disebabkan tekaan Chacha Maembong betul, nampaknya dia dilihat begitu teruja sehingga lupa dengan video yang sedang dirakam.

Sponsored

Dalam pada Emma Maembong berkongsikan foto-foto momen ketika majlis tersebut pula di Instagram, turut terselit foto disebalik tabir kejadian Chacha Maembong itu yang turut mengundang dekah ramai yang baru faham kenapa video dirakamnya bergegar.

‘Tengok last pic muka Chacha baru faham kenapa video tu gegar’

Sponsored

‘Tengokla tangan Chacha tu tengah rekod video yang tah kemana hala’

‘Pegang phone tengah rekod tu hahaha’

‘Hahaha muka Chacha’