“Since kau tak nak jumpa so macam ni lah caranya…”- Aaron Aziz bersuara

Sponsored

Nampaknya selepas kenyataan daripada pengarah terkenal, Syamsul Yusof kelmarin yang turut menjawab tentang isu dengan pelakon, Aaron Aziz membuatkan ia semakin mendapat perhatian.

Terdahulu, Aaron Aziz mendedahkan namanya dibuang daripada senarai pelakon, The Original Gangster. Walau bagaimanapun, Syamsul Yusof enggan bergaduh namun dia terpaksa memberikan penjelasan berhubung punca nama Aaron Aziz digugurkan dari filem tersebut yang mana antaranya disebabkan masalah kesihatan.

Sponsored

Namun begitu terbaharu, Aaron Aziz bagaimanapun tampil di Instagram selepas dihubungi ramai pihak dan bagi memberikan kenyataannya pula dia di Instagram memuat naik kronologi daripada kejadian yang berlaku antaranya dengan pengarah terkenal tersebut.

Dalam pada itu, disebabkan katanya Syamsul Yusof tidak ingin berjumpa dengannya dia menggunakan cara ini bagi membela dirinya sendiri dan berulang kali menegaskan perkara tersebut di akhir video.

Sponsored
Aaron Aziz

Aaron Aziz dalam video ini bagaimanapun menjelaskan pada awal perjumpaannya dengan pengarah tersebut dan latihan yang pernah dilakukan. Dia juga menunjukkan bukti dalam video yang dikongsikan ini tentang apa yang dilakukannya.

“Since kau tak nak jumpa so macam ni lah caranya aku boleh bela diri aku sendiri. Satu yang kita mesti ada walau macam manapun. Biar takde apa, tapi kita mesti berbudi dan berbahasa.” Tulis Aaron Aziz diruangan kapsyen.

Sponsored

Hantaran Aaron Aziz diruangan Instagram peribadinya itu mendapat perhatian ramai dengan ditinggalkan ribuan komen selepas dikongsikan sebentar tadi.

SumberGempak