“Tak perlu gelang emas besar”- Netizen terpegun dengar gaya cakap wanita ‘kaya’ ini

Sponsored

Seorang content creator dikenali sebagai Koocester membuatkan orang ramai sekali lagi tertarik untuk menyaksikan video dirakamnya pada kali ini apabila memaparkan seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Dato’ Sri Rozita.

Walau bagaimanapun, kali ini dia bertemu dengan pemilik kereta Bentley Continental GT di Kuala Lumpur, Malaysia yang mana orang ramai begitu kagum dengan cara percakapannya yang membuatkan dia juga tular dan mendapat perhatian ribuan pengguna di platform tersebut.

Sponsored
@koocester

She is literally the definition of BOSS WOMAN! She’s a LEGEND!

♬ original sound – Koocester – Koocester

Dia tidak hanya berkongsikan perkerjaannya malah dia turut berkongsikan perkara yang dilakukan dengan begitu humble sekali gus mengundang orang ramai kagum dan memberikan pelbagai pujian terhadapnya.

Malah usahawan tersebut juga membalas video daripada content creator tersebut dan membuatkan bertambah salute netizen kepada sikap humble dirinya ini.

Sponsored
@ds.rosz

Life is a stacknof moments, ain’t it? . Tq Koocester and @Koocester fans. . #speechless #fyp

♬ original sound – Dato’ Sri Rozita – Dato’ Sri Rozita

Rata-rata netizen diruangan komen bagaimanapun berpendapat dia tidak perlu menampakkan dirinya kaya kerana dilihat dari cara bercakap wanita terbabit sahaja membuatkan ramai sudah menyifatkan dia seorang yang kaya.

‘Cara pertuturan beradab walaupun ditanya oleh orang yang tidak dikenali. Adab dan penuh pengalaman. Terbaik’

Sponsored

‘Suka tau orang kaya yang memang betul kaya, sebab gaya dia cakap, gaya dia layan orang betul-betul nampak kekayaan tu’

‘Kaya dengan kelas yang tersendiri. Tak perlu gelang emas besar macam rantai basikal’

‘Ni baru betul educated dan kaya, ada aura aura’

Sumberds.rosz