Mimi Lana kongsi foto dengan tunang ‘dikomen’- “Sabar doo, kumbang bukan seekor”

Sponsored

Hubungan cinta antara dua pelakon sama cantik, sama padan ini iaitu Mimi Lana dan Syafiq Kyle bukanlah rahsia lagi dan turut membuatkan ramai peminat mereka teruja juga disebabkan pasangan ini pada Januari lalu selamat bertunang.

Selamat bertunang

Sponsored

Bakal disatukan tidak lama lagi, Mimi Lana juga sporting berkongsikan foto bersama tunangnya itu di Instagram. Menerusi muat naik terbaharu Mimi Lana, dia berkongsikan sekeping foto bersama Syafiq Kyle. Wajah tersenyum gembira pasangan ini dengan pantas menerima ribuan tanda suka yang setakat ini lebih 120,000 ditinggalkan peminat buat mereka.

“My bintang,” tulis Mimi Lana memanggil tunangnya itu dengan panggilan Bintang diruangan kapsyen. Meskipun kapsyen ringkas namun gelagat sweet pasangan ini membuatkan mereka juga mendapat ribuan komen.

Sponsored

Namun begitu, ternyata terdapat pula satu komen di foto pasangan ini yang membuatkan individu ini menerima pelbagai balasan reaksi oleh peminat dan pengikut Mimi Lana yang turut menegurnya agar move on.

Tak payah bulan bintang sangat lah, jadi tahi bintang nanti tahu lah

Sponsored

Ok la tahi bintang daripada kau bintang pun takde

Sabar doo, jangan macam ni kumbang bukan seekor

Ada juga yang meminta agar individu berkenaan bersabar kerana kumbang bukan seekor. Memandangkan Syafiq Kyle merupakan salah seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat, tidak mustahil peminat juga ‘patah hati’ kerana selepas ini dia pula bakal bergelar suami orang.

Rilek la kak. Akak kena move on ni

SumberMimi Lana