Latar Belakang Sophia Albarakbah Bukan Calang-Calang, Rupanya ‘Beauty With Brain’!

Sponsored

Nama pelakon jelita dikenali sebagai Sophia Albarakbah menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Terpalit dengan kontroversi dengan dakwaan ‘tersuka’ suami Bella Astillah iaitu Aliff Aziz, aktres ini terus menjadi bualan ramai.

Gadis kacukan

Bagaimanapun, ramai tertarik dengan latar belakang Sophia Albarakbah ini. Difahamkan Sophia Albarakbah adalah gadis kacukan pelbagai bangsa. Ibunya orang Cina dan ayah pula Arab-Melayu.

Sponsored

“Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk berasal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. Nenek saya pula orang Malaysia dari Kelantan”

Selain dari memiliki rupa paras yang ramai akui agak jelita, Sophia juga dikatakan seorang wanita beauty with brain. Ini kerana Sophia berkelulusan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta.

Sponsored

Berpendidikan dalam Bioteknologi

Cerita Sophia, dia belajar bioteknologi dan kemudian dalam bidang dietetik. Gadis berasal dari Kuala Lumpur ini juga berjaya mendapatkan segulung diploma dalam Bioteknologi, Sophia akui suka belajar dalam bidang berkenaan.

Namun Sophia tidak berapa gemar untuk bekerja dalam industri bioteknologi kerana banyak masa akan habis di dalam makmal yang katanya agak membosankan.

Sponsored

Dalam perkongsian latar belakang Sophia Albarakbah, aktres berumur 30 tahun itu menyimpan keinginan untuk memasuki bidang veterinar, namun hasrat itu terkubur kerana ibunya tidak setuju.

Terdahulu nama Sophia Albarakbah menjadi perhatian ramai susulan pendedahan Bella Astillah mengenai kontroversi rumahtangga pelakon dan penyanyi ini.

SumberKosmo!