Lena Tidur Dalam Flight, Nabila Razali Dikejutkan Oleh Pramugari, “Muka Betul-Betul Nyenyak Weh…”

Sponsored

Penyanyi Nabila Razali telah menjadi tumpuan ramai selepas videonya tidur di dalam pesawat tular dikongsikan di Tik Tok. Menerusi video yang kini menerima dua juta tontonan itu, Nabila dilihat menaiki sebuah penerbangan dan sedang nyenyak tidur di tempat duduknya.

Lebih melucukan, penyanyi itu langsung tidak sedar pesawat telah selamat mendarat dan sampai ke destinasinya. Gelagat Nabila yang sedang nyenyak tertidur itu turut meraih perhatian penumpang lain yang sedang menunggu giliran untuk keluar pesawat.

Sponsored

Nabila kemudiannya dikejutkan oleh pramugari yang bertugas memandangkan mereka sudah selamat tiba di destinasi. Sebaik sahaja terjaga dari tidur, Nabila kelihatan tersipu malu apabila gelagatnya itu menjadi perhatian ramai malah turut dirakamkan oleh mereka yang berada di situ.

@calonmenantucikkiah

Alololo kesiannya dia sampai tak sedar dah sampai ek 😍. Penat sangat tu dari KL (kitkat) – JB (rizmanruzaini) – Melaka (GBR)- Bangkok ✈️ @Nabila Razali

♬ original sound – Nabila Razali – Nabila Razali

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terhibur melihat reaksi Nabila yang seakan-akan malu sebaik sahaja terjaga dari tidurnya. Malah ada juga yang tercuit hati melihat gelagat penyanyi itu yang siap membawa bantalnya sendiri untuk tidur di dalam pesawat.

Sponsored

Dalam masa yang sama, warganet turut memuji kecantikan penyanyi itu yang masih kelihatan cantik walaupun baru sahaja bangun dari tidur. Berdasarkan tinjauan, video tersebut telah dihujani dengan komen-komen positif dari netizen yang terhibur dengan gelagat penyanyi itu.

“Muka betul-betul nyenyak weh.”

Sponsored

“Tidur pun cantik je, kalau aku hmmm.”

“Orang comel tidur pun masih cantik lagi.”

Sebelum ini, Nabila Razali telah menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik video mengejutkan orang ramai untuk bersahur. Malah ramai juga yang turut sama ‘cair’ melihat gelagat penyanyi itu merakamkan diri di hadapan kamera.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok