“Level Running Man…”- Program Projek Bapak-Bapak terima pujian netizen

Sponsored

Disamakan dengan program popular dunia, Running Man begitulah yang dikatakan peminat penonton program baharu di kaca televisyen berjudul Projek Bapak-Bapak yang mana mengandingkan artis legend dalam dunia hiburan iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali.

Program ini sekali gus mendedahkan personaliti setiap artis tersebut yang ternyata berbeza dilihat dalam kaca televisyen dimana seorang yang serius. Namun begitu, Projek Bapak-Bapak membuktikan mereka sebenarnya seorang yang sangat periang dan lawak.

Sponsored

Jadi tetamu rancangan MeleTOP

Walau bagaimanapun, baru-baru ini peminat dapat menonton gelagat Datuk Jalaluddin Hassan, Roy Azman dan Datuk Ramli MS atau turut mesra dengan panggilan Tok Ram dalam MeleTOP. Ketiga-tiganya hadir bagi mempromosikan program tersebut.

Sponsored

Namun begitu, sempat juga Datuk Jalaluddin Hassan atau Tok Jalal berkongsikan cerita lucu tentang dikenakan rakan-rakannya itu. Ternyata keserasian yang ditunjukkan mereka membuatkan penonton begitu sangat seronok melayan karenah mereka dalam program tersebut.

Turut tular dimedia sosial, program baharu itu membuatkan netizen menghujani pelbagai reaksi positif apabila turut seronok melayan lawak spontan mereka.

Sponsored

Rancangan Projek Bapak2 memang the best. Semua spontan and pelbagai telatah

Best tengok Projek Bapak2..memang lawak betul

Level Running Man dah semua lawak nampak natural

Sudah boleh buat filem bapa-bapa the movie. Suka tengok gelagat-gelagat mereka orang. Sangat-sangat sporting lawaknya natural