Sejak akhir-akhir kisah kemelut rumahtangga pelakon, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendapat perhatian ramai. Apa yang dilalui oleh pelakon jelita ini hanya dirinya sahaja yang tahu. Malah dengan pendedahan pengakuan Syamsul Yusof telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand membuatkan isu ini bertambah panas.
Awal minggu ini Puteri Sarah telah memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah ditemani adik-beradiknya. Turut diiringi peguam yang membela kes Puteri Sarah.
Bagaimanapun dengan kekecohan kisah rumahtangga selebriti ini ramai yang baru tahu akta dalam undang-undang yang melindungi isteri dari pelbagai perkara. Terbaharu menerusi laporan di Buletin TV3, dipaparkan tentang akta sesiapa terlibat nikah sempadan boleh didakwa dan didenda.
Berikut adalah rakaman laporan dari berita stesyen televisyen berkenaan yang telah meraih perhatian ramai:
Dalam laporan tersebut, pembaca berita itu memberitahu sesiapa terlibat nikah sempadan boleh dikenakan tindakan undang-undang dengan penalti mencecah sehingga RM40 ribu.
“Pasangan suami isteri, wali, saksi atau mana-mana pihak yang terlibat dengan majlis akad nikah di Thailand boleh dikenakan penalti atas kesalahan jenayah syariah sehingga mencecah RM40 ribu. Ketua Pendakwa Syarie Terengganu, Wan Abdul Malik Wan Sidek berkata walaupun nikah poligami di Thailand nampak mudah namun pasangan berdepan dengan implikasi lebih sukar setelah pulang ke tanah air”.
Meninjau di ruangan komen, ramai akui kisah Puteri Sarah yang sedang terjadi ini membuka mata dan menambah ilmu mereka mengenai perihal tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Tak ramai tahu pasal ni. Disebabkan Puteri Sarah..Sekarang ramai wanita dah tau..Ada hikmahnya juga”
“Banyak yang kita tak tau pasal hukum syariah. Akhirnya ramai yang bertambah ilmu”
“Bukan nikah siam saja diambik serius. Tolong kuat kuasakan dengan telus dan paling utamakan kesalahan jenayah gangguna orang ke 3…”