Sejak beberapa minggu lalu lagi kementerian dan jabatan kerajaan terlibat sudah pun mengeluarkan peringatan tentang keadaan cuaca tidak menentu sehingga penghujung tahun ini. Malah minggu lalu tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor turut mendapat perhatian dan menyentuh hati ramai.
Terbaharu satu perkongsian mengenai tanah runtuh di Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, pengguna Twitter dengan nama akaun AlexNantaLinggi memberitahu kawasan jalan yang mengalami runtuhan.
Biarpun begitu, video pendek yang dikongsikan itu telah membuatkan ia menjadi buah mulut apabila sekumpulan lelaki melawat kawasan sekitar. Lelaki dalam rakaman itu selamba berdiri di atas jalan yang sudah merekah teruk.
Berikut adalah perkongsian rakaman beberapa lelaki lawat kawasan tanah runtuh yang telah membuatkan ramai risau menyaksikannya itu:
Disebabkan perkongsian rakaman pendek ini, netizen telah meluahkan rasa risau apabila jelas kelihatan ada yang selamba berdiri di atas rekahan jalan tersebut. Tengok pun dah buat rasa gemuruh!
Di ruangan komen, netizen meluahkan kerisauan mereka menyaksikan rakaman Menteri Kerja Raya lawat kawasan tanah runtuh ini. Malah ada juga yang pertikaikan akan keselamatan yang sepatutnya diambil ketika melawat kawasan bencana sebegini. Berikut adalah luahan warganet yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
“Pijak la lagi kat situ…Kena tak lompat bintang terus kat situ..Haih”
“Menteri Kerja Raya melawat kawasan runtuhan bersama JKR. SOP semua ke laut…”
“Eh dah tak de tempat lain ke nak berdiri? Stress pulak aku tengok”
“Itu kawasan bahaya patut tidak dibenarkan berada di situ sebab struktur tanah sudah lemah..Bila2 sahaja akan runtuh lagi”