Bagi Tips Cepat Hamil, Aliff Syukri Dikecam Netizen-“Memalukan Betul La”

Sponsored

Usahawan kosmetik dikenali dengan nama Datuk Aliff Syukri ini sering sahaja mencuri perhatian ramai dengan kelakuannya. Menggunakan sosial media sebagai platform pemasaran dirinya dan produk yang dijual, namun kadang-kadang ada yang tidak kena gaya hingga menyebabkan Aliff Syukri dikecam ramai.

Terbaharu satu lagi video yang dimuat naik oleh usahawan ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman tersebut kelihatan Aliff Syukri menari sambil memakai kostum adiwira dan tuala.

Sponsored

Malah apa yang membuatkan ia lebih hangat apabila dia cuba bagi tips cepat hamil dan lagu latar bagi video itu dikatakan ‘keterlaluan’.

Berikut adalah rakaman yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Aliff Syukri dan menjadi buah mulut ramai baru-baru ini:

Sponsored

Lagu dengan lirik yang dikatakan agak kurang sopan itu telah membuatkan Aliff Syukri dikecam netizen. Rasanya mungkin Aliff Syukri patut pilih lagu yang lebih ‘masuk dek akal’ sebagai salah satu cara untuk mempromosikan produknya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing mengenai video promosi ahli perniagaan ini.

Sponsored

Berikut antara yang ditinggalkan di perkongsian video Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara menghasilkan konten sebegini:

Ada yang menganggap ia sebagai contoh soft porn. Jadi salah seorang pengguna media sosial ini hati-hati dengan apa yang anak-anak tonton di sosial media.

Ada yang berpendapat video dengan lagu sebegini sangat tidak sesuai dimuat naik di media sosial.

Selain dari itu ada juga yang mengakui malu menyaksikannya dan meminta Aliff Syukri padam video tersebut.