‘Berhadapan’ dengan ibu Shila Amzah, gelagat Ubai jadi tumpuan- “Ok ke tu”

Sponsored

Selepas ramai berteka-teki mengenai hubungan penyanyi popular, Shila Amzah dan personaliti media sosial, Ubai kerana sering dilihat meluangkan masa bersama ternyata pada Februari lalu pasangan ini mengumumkan menjalinkan hubungan cinta.

Peminat Shila Amzah bagaimanapun turut tumpang gembira melihat kebahagiaan penyanyi ini bersama Ubai. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 33, menjelaskan hubungan dia dan Ubai atau Ubaidillah, 25, direstui ahli keluarga.

Sponsored

Namun begitu, Shila Amzah yang jarang berkongsikan momen sweet dia dan kekasihnya itu terbaharu tular di media sosial apabila dapat melihat momen Ubai bertemu dengan ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman. Shila Amzah sempat mengusik kekasihnya yang siap duduk berhadapan dengan ibunya.

Menerusi rakaman video dikongsikan Shila Amzah menerusi Instagram Story yang turut dimuat naik semula peminat mereka memaparkan Shila Amzah bersama Ubai dan ibu sedang menunggu kehadiran adik-beradik yang lain dalam pada itu, ramai memberikan tumpuan kepada gelagat Ubai yang berhadapan dengan Ibu Shila Amzah sambil diusik penyanyi terkenal ini.

Sponsored

Hubungan cinta Ubai dan Shila Amzah antara yang begitu mendapat perhatian di media sosial apabila ramai peminat yang turut bahagia melihatkan kegembiraan pasangan ini. Shila baru-baru ini pula berkongsikan Ubai menghadiahkan sebuah cincin sehingga timbul pelbagai spekulasi tentang mereka bakal berkahwin.

Namun begitu, Ubai menjelaskan pemberian cincin tersebut sebagai tanda untuk membawa hubungan ke arah lebih serius.

Sponsored