Hari ini pelakon dikenali dengan nama Hafidz Roshdi telah melalui perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas dakwaan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Memetik laporan Harian Metro, Hafidz Roshdi diikat jamin dengan tiga suarat tambahan. Pelakon ini diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bersama syarat ditetapkan.
Syarat tersebut adalah Hafidz Roshdi kena dapatkan rawatan dan laporan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak dan dilarang mengganggu mangsa dalam apa juga bentuk serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, satu rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Xtra dipaparkan kenyataan rasmi Hafidz Roshdi telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah rakaman tersebut:
Kenyataan rasmi Hafidz Roshdi yang dimuat naik itu telah menjadi bualan ramai apabila pelakon tersebut membaca teks dari sekeping kertas untuk para media. Dalam kenyataan itu Hafidz Roshdi menyatakan dia dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut mengenai perbicaraan tersebut.
Selain dari itu dengan suara sebak, Hafidz Roshdi turut memberi ucapan kepada dua anaknya dan keluarganya kerana bersama-sama dalam ujian yang dihadapinya.
Tambah Hafidz lagi dia meminta untuk orang ramai hentikan membuat spekulasi mengenai rumahtangga dan keluarganya yang mereka tidak tahu tentangnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bertanyakan mengapa pelakon tersebut membuat kenyataan dengan membaca teks dari kertas.
“Nape kena ada karangan”
“Dia ni macam kes Alif Aziz je. Harap dia lepas ni sedar akan kesilapannya dan berdamai”
“Shuhada buat keputusan yang betul. Dulu masa Melodi tak mengaku siap sebut nama Alla. harini tak mengaku salah juga..”
“Sape yang buat teks tu? Athira ke?”