‘Piala Dunia Belon’ pertama dimenangi Peru

Sponsored

Sebuah aktiviti yang ramai pernah main ketika kecil baru-baru ini telah dikitiraf sebagai sukan, apabila pemain bola sepak Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique menganjurkan Piala Dunia Belon pertama di dunia.

Jika anda tertanya-tanya apakah itu Piala Dunia Belon atau Balloon World Cup, ianya adalah sebuah permainan yang dimainkan ketika zaman kanak-kanak menggunakan belon helium di mana dua orang akan mengambil giliran melambungkan belon ke udara. Siapa yang tidak sempat untuk melambungkan belon sebelum belon mencecah lantai akan kalah.

Sponsored

Idea Piala Dunia Belon itu dipercayai diinspirasikan oleh sebuah video yang tular awal tahun ini di mana 2 adik beradik bermain ‘liga belon’ di ruang tamu mereka. Dengan perabot yang berperanan sebagai rintangan yang perlu dihindari, para pemain perlu melakukan pelbagai aksi akrobatik untuk mengejar belon sebelum menyentuh lantai.

Permainan yang dipanggil Liga Belon itu kini telah berkembang menjadi kejohanan antarabangsa yang diadakan buat pertama kali dipanggil Balloon World Cup. Mempertandingkan 32 negara dari seluruh dunia, pertandingan itu disempurnakan oleh sepasukan pengadil dan berlangsung di gelanggang rasmi berukuran 8×8 meter yang penuh dengan objek-objek rumah tangga seperti kerusi, bangku, meja, lampu dan sebuah kereta kecil.

Sponsored

Peraturannya adalah pemain perlu memukul belon sekali ke atas dan mata akan diberikan jika mereka berjaya menghalang lawan dari memukul belon. Francesco de la Cruz dari Peru akhirnya muncul sebagai juara dunia pertama minggu lepas setelah menewaskan pemain Jerman, Jan Spiess di pusingan final.

“Lebih tegang dari sukan lain…”

“Masa untuk menang piala dunia dalam sesuatu…”

“Macam mana nak masuk ni…”