Rakam Polis Trafik Mengantuk Masa Bertugas, Nabila Huda Tegur Netizen, “Mana Adab Dan Rasa Simpati…”

Sponsored

Tular baru-baru ini, rakaman seorang anggota polis trafik yang dilihat tertidur dalam keadaan berdiri semasa menjalankan tugasnya. Menerusi video tersebut, polis trafik itu dilihat terhuyung hayang semasa berdiri di bahu jalan sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai tentang keselamatan dirinya.

Kejadian tersebut telah menerima perhatian Pihak Polis Diraja Malaysia Daerah Kuching mengenai insiden yang berlaku di Bulatan Uplands, Kuching Sarawak. Difahamkan, pihak mereka akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sponsored

Komen Nabila Huda

Susulan video yang tular itu, pelakon Nabila Huda turut tampil menegur netizen yang merakamkan video tersebut tambahan pula insiden itu telah menjadi bahan gurauan di media sosial. Menurut Abil, dia berasa kesal apabila melihat tindakan segelintir netizen yang semakin kurang sensitif.

“Ni lah masalahnya, semua benda nak direkod tanpa izin pastu post kat social media. Kan lebih baik berhenti tepi, pergi lah tanya tuan tu ok ke tak, offer dia air ke, tanya if he need food ke or help. Ini sibuk lah nak record, nak post, nak viral, nak viewers.”

Sponsored

Pelakon itu turut mempersoalkan di mana kah adab dan rasa simpati individu yang menyebarkan video tersebut sehingga ianya menjadi tular di media sosial. Baginya, lebih baik sekiranya individu itu bertanyakan sendiri kepada anggota polis terbabit daripada menyebarkan video itu kepada ramai.

“Mana adab? Mana rasa simpati? Memang suka eh post untuk kasi orang ketawa, anda rasa ia kelakar?”

Sponsored

Komen yang ditinggalkan oleh Nabila Huda ini turut menerima sokongan dari netizen yang bersetuju dengan pandangannya ini. Malah ramai juga yang meminta orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya merakam individu yang tidak dikenali tanpa izin dan memuat naiknya di media sosial.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram