Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali sejak akhir-akhir ini begitu mendapat perhatian di media sosial. Malah ramai penonton drama tempatan ‘berkampung’ di Instagram milik Nabila Razali atau turut disapa Bella ini disebabkan drama gandingannya dengan pelakon, Aedy Ashraf.
Boleh dikatakan setiap episod, penonton drama Kerana Cinta Itu Ada berpuas hati dengan lakonan kedua-dua pelakon tersebut yang menjadi disaat gembira, ada konflik atau emosi sekali gus mencetuskan ramai peminat memuji lakonan Nabila Razali mahupun Aedy Ashraf.
Gandingan pertama kali dalam drama ini juga menyebabkan kedua-dua pelakon tersebut digosipkan bersama. Walau bagaimanapun, dalam episod terbaharu yang mana Nabila Razali memegang watak sebagai Nabila Aulia bersedih dengan kehilangan anaknya.
Sekali lagi nampaknya hubungan Nabila Aulia dan Aisy Mateen lakonan Aedy Ashraf mempunyai masalah menyebabkan babak ini pula mengundang rasa sedih oleh penonton yang ternyata begitu terkesan dengan lakonan Nabila Razali.
Meskipun begitu, ada juga berpendapat bahawa Nabila Razali patut berlakon kerana bakatnya itu dan tidak perlu menyanyi tetapi bagi netizen yang tidak mengecam nyanyian membuatkan kebanyakannya setuju kerana lakonannya tidak dinafikan meninggalkan kesan buat penonton.
‘Apa yang aku dapati ialah, Nabila ni patut berlakon je… tak payah nyanyi dah’
‘Sedihnya tengok ni…’
‘Bella, awak sesuai jadi pelakon. Sangat menjadi’
‘Hebatlah Nabila ni belakon, menjiwai’